Sew-Addict Handmade by Fizan

Monday, December 5, 2011

June Rose


Assalamualaikum pembuka bicara. Lahirlah satu lagi blog saya iaitu blog khusu untuk sahabat yang sama meminati PML. Alkisah saya mulanya tidaklah minat dengan barang lama ni. Bila lihat di dalam gobok orang, tidak lah saya kisah apa yang ada di dalam itu kerana di dalam minda dah set, ohhh barang lama.. tak ada apa lah sangat.... tetapi, lama kelamaan, rasa minat tu timbul bila barang pertama yang saya beli ialah cawan mulut lebar Bunga Kangkung secara online. Dari satu, sudah mahu teko pula.. kemudian mencari piring dan pinggan pula..lama-lama semua yang cantik nak kumpul.. habis camnoo???

Koleksi Peribadi. OOOO nak crite set terbaru yang baru baru aje dimiliki ni.. Namanya June Rose. Tapi dari China..

Set terdiri:
1 mangkuk nasi tambah bulat
Pinggan makan mungkun 1 set
Mangkuk Meggi/Kuah besar 1 set
Piring lauk kecil 7" 1 set
Piring sambal 5" 1 set

saya ingat set ni memang susah nak jumpa.. dari utara sampai ke pantai timur, ada 1 tempat aje boleh dapat set ni... he he he lagi pula dalam kondisi tip top berkilat berkilau macam ni.

Ini kalau mimpi dapat la kan... tureen dia.. oval plate dia... set cawan dia ka...wah wah... tapi MAMPUKAH???

No comments:

Post a Comment